Tanda Awal Kehamilan Saya

Assalamualaikum dan selamat menyambut Ramadhan untuk minggu terakhir

Setiap wanita yang berkahwin mesti inginkan cahayamata atau bergelar ibu yang memasang niat untuk menambah bilangan ahli keluarga bagi menyerikan suasana.. Seperti saya, saya sudah merancang hampir setahun lebih selepas anak pertama (hanis dah 3 tahun).. Tapi Allah lebih maha mengetahui.. Kita hanya merancang namun hanya Allah yang tentukan..

Selepas melahirkan anak pertama, saya mengalami haid yang tidak teratur dan senggugut yang berlebihan.. Saya tidak pernah refer doktor untuk check miss V sebab takut dengan prosedur seluk2 menyeluk.. Siapa yang pernah beranak, confirm faham maksud saya.. Jadi, saya mula langkah berjaga-jaga seperti mengawal cara pemakanan saya dengan mengurangkan pengambilan makanan berminyak, santan, gula dan garam.. Jika nak ambil juga, saya mengoreng menggunakan minyak canola atau zaitun, makan makanan yang direbus, kukus dan sup.. Saya ada juga mengambil suppliment seperti GLA Shaklee dan sentiasa makan asid folik untuk membantu ketahanan rahim saya..

Alhamdullilah, nampak hasilnya.. Walaupun tempoh haid saya berkurangan dari sebelumnya (dulu 7 hari sekarang 4 hari period), tapi kitaran haid saya sudah regular.. 29-30 hari.. Pada sesiapa yang rungsing dengan haid yang tidak tetap, cuba kawal cara pengambilan makanan anda dan kerap minum air putih untuk membantu pembuangan toksik.. Berbekam pun elok juga, seelok-eloknya 3 bulan sekali (cari yang bertauliah ya)..

Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi tanda-tanda awal kehamilan saya sepanjang 4 hari lewat haid dan seminggu sebelum lewat haid.. Tapi sebelum itu saya kongsikan tanda haid dan tanda awal kehamilan.. Sumber dipetik dari Mr. Google


Tanda-tanda haid
  1. Senggugut atau kram perut
  2. Perubahan emosi
  3. Keputihan
  4. Rasa mual atau nak muntah
  5. Sakit kepala
  6. Kenaikan suhu badan


Tanda-tanda awal kehamilan
  1. Kram perut
  2. Flak darah
  3. Lewat haid
  4. Payudara membengkak atau terasa sakit ketika disentuh
  5. Rasa letih dan lelah
  6. Loya/muntah atau mual
  7. Sensitif kepada bauan
  8. Kembung perut
  9. Kerap buang air
  10. Sakit punggung
  11. Kenaikan suhu badan
  12. keputusan positif dari upt test


Setiap wanita yang sihat akan mengalami pelbagai tanda hamil yang berbeza.. Adakala mengalami flak darah kecoklatan atau pink pada awal kehamilan, ada yang tidak.. 

Seminggu sebelum haid dijangka datang, saya banyak mengalami tanda-tanda haid yang biasa.. Seperti, perubahan emosi (rasa moody je sentiasa, lagi-lagi melayan karenah hanis), kram perut setiap hari (kram tak teruk sangat) dan rasa mual.. 

Sehari sebelum tarikh saya datang haid, saya mengalami kram atau nyeri dibawah perut kadang-kadang belah kanan dan kiri.. Ketika itu, saya rasa hampa sedikit sebab tanda-tanda ini lebih kepada saya akan period.. Tapi saya tetap tawakal dan berdoa pada Allah, mana tahu Allah makbulkan doa dan izinkan saya mengandung di bulan mulia ini..

Sehari lewat datang haid, saya mula rasa pening kepala dan penglihatan saya gelap jika saya bangkit dari duduk dan baring.. Tapi saya andaikan rasa pening dan penglihatan gelap ini mungkin kerana saya berpuasa dan sahur sebelum ini pun saya kurang makan makanan yang berat.. Sekadar mengambil air putih atau oat.. Kram perut memang sentiasa ada.. Tambahan pula, saya mula sembelit dan kurang membuang air besar walaupun selepas berbuka saya kerap minum air masak.. Saya kerap juga buang angin, lagi-lagi ketika membuang..

Sepanjang lewat datang haid ini, saya kerap didatangi keputihan berwarna seakan-akan putih susu dan kadang kala ada ketulan-ketulan kecil putih susu terlekat di panties dan pantyliner.. Badan akan rasa panas dan berpeluh diwaktu malam.. Saya mengalami simptom-simptom ini sehingga ke hari ini (hari ke-4 lewat datang haid)

Bila ada rasa yakin yang saya mengandung, saya meminta suami untuk membeli UPT testkit.. Alang-alang suami ada di kedai.. Pada awalnya, saya rasa tempoh 4 hari lewat haid, agak awal untuk menguji kehamilan saya.. Berdasarkna pengalaman orang lain tentang UPT test yang saya baca, ujian kehamilan seelok-eloknya dilakukan satu ke 2 minggu lewat dari tarikh haid dijangka datang.. Tapi hati ini, tetap berkeras untuk melihat resultnya.. Bayangkan hampir 2 tahun menunggu.. Apa sahaja keputusan, saya tetap redha dengan ketetapan Allah..

Menjelang tengahari tadi, saya telah melakukan UPT test dan ini adalah hasilnya... 

Keputusan UPT test

Menunggu saat untuk double line kelihatan, memang sangat mendebarkan.. Walaupun didalam bilik air=).. Pada mulanya, saya nampak line samar-samar di 'T' (rujuk pada testkit, ada simbol 'T' untuk Test line dan 'C' untuk Control line).. Selang beberapa minit, saya nampak dengan jelas 2 line terpampang di testkit.. Ya Allahh... Syukur Alhamdulliah.. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini.. Rasa nak jerit dan lompat kegembiraan pun ada, tapi tak jadi nak buat lagi-lagi bila memikirkan kandungan yang baru terbentuk didalam rahim.. Hubby cukup gembira bila tahu keputusan kehamilan saya.. Tapi dia sarankan saya untuk membuat test kali kedua selepas satu atau dua minggu.. Dalam tempoh ini, saya perlu kurangkan kerja-kerja berat dan sentiasa sihat.. Kalau boleh nak jaga betul-betul awal kandungan ini..

Pada sesiapa yang sedang menanti, jangan terus putus harapan.. Sentiasa berdoa kepada Allah, minta dimurahkan rezeki dan keizinan dariNya untuk memiliki cahayamata.. Pengalaman ini saya kongsikan untuk ibu dan wanita yang ingin tahu tanda-tanda awal kehamilan yang sendirinya terjadi pada diri saya.. Saya tahu penantian ini sangat mencabar dari segi mental dan emosi, tabahkan diri dan berusaha melakukan aktiviti 'bersama' suami.. Kenali masa subur anda, in sha Allah dengan izin Allah, anda boleh hamil.. 

Untuk pengetahuan anda semua, saya tidak tahu menahu masa subur saya.. Jadi, saya mengamalkan penggunaan OPK test untuk mengetahui exact time subur saya.. Penggunaan ovulation app yang saya install di dalam hp untuk menjejaki masa subur adalah tidak tepat.. Apabila saya mencuba OPK test, saya lebih tahu dan pasti masa subur saya.. Masa subur saya sangat berbeza berbanding dengan masa subur di aplikasi hp.. Nasihat saya, lakukan OPK test ini sebanyak 2-3 kali cycle (2-3 kali tempoh period) untuk mendapat kepastian masa subur..

Last but not least, keep healthy and dont give up.. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan=) Allah beri rezeki anak pada setiap orang sangat berbeza.. Kita perlu percaya dengan ketentuan Allah dan segala perancanganNya..

Comments

  1. Lewat baru sehari but really hope the best present from HIM..💓

    ReplyDelete
  2. Terima ksh share kisah akak.. doakan sy y menanti kehadiran cahaya mata.. 😊

    ReplyDelete
  3. Thanks for ur info..Congrats!!😊 pray for me too..i wanna be a mom...☺

    ReplyDelete
  4. Saya ambil perkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya terima kasih

    ReplyDelete
  5. sy rasa tak sedap badan.pagi ni rasa loya then terus muntah.tapi yg keluar hanya air je.period mggu depan baru datang.perasan gak...dlm seminggu dua ni kerap letih.rasa nk tido je.buat keje sikit pn dh rasa letih ya amat.perut pn rasa tak selesa sgt.hope sgt preggy Sb...10 tahun tggu zuriat sndr.korang yg baca ni..mintak tlg doakan sy ye.

    ReplyDelete
  6. Sy lg seminggu due period. Lately rasa mual je. Doakan sy ye ttc da 1thn 5bln. Doakan ada rezeki sy utk mengandung n nmpak double line di bulan mulia Ramadhan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. InshaAllah.. tanda2 tu dah ade tu =) Aaminn.. Mudah-mudahan Ila dikurniakan zuriat.. Jangan putus asa berdoa kepada-Nya ya.. Kakak ipar sy juga seperti Ila, menunggu lebih dari setahun, sekarang ni alhamdullilah, dah nak preggy anak ke-4..

    Delete

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts