About Me
Salam perkenalan semua, Saya Nur Fairuz aka Dunya.Nuur
Dunya.Nuur Blog adalah satu platform untuk saya berkongsi tentang pengalaman hidup saya dan beberapa resipi/teknik membuat aneka roti dan kek yang saya belajar sepanjang kelas yang saya pernah hadiri.
Saya juga seorang Home Bakers dan (proud to be) suri rumah sepenuh masa. Saya berjinak-jinak dengan dunia Home Bakers sejak tahun 2023 lagi. Bermula dengan minat belajar membuat kek dan roti, sehingga terbit dari hati untuk mengorak langkah ke dunia perniagaan Roti/Kek.
Background of study saya, tiada kena mengena dengan bakery/pembuatan makan. Cuma membekalkan keinginan untuk mencuba, saya mula berkenal-kenalan dengan dunia baking; roti dan kek. Ilmu boleh dicari dan saya yakin, untuk survive dalam zaman sekarang ni, kita perlu ada skill tambahan dan ilmu praktikal. Misalnya ilmu pertukangan, pembaiki alatan, menjahit, melukis, memasak dan sebagainya.
Bagi saya, saya memilih ilmu memasak dan menjahit.
Sebagai suri rumah, ianya bukan satu alasan untuk saya tidak berusaha mencari rezeki tambahan. InshaAllah dengan izin-Nya, saya mampu dan anda juga mampu.
Perkenalkan Home Base Business saya, Annur Kitchen. Saya menjual pelbagai jenis pencuci mulut, roti dan kek. Tumpuan utama saya adalah untuk majlis akikah, majlis tunang dan jamuan-jamuan ringkas.
Jom like page saya Annur Kitchen
Sebenarnya, saya telah menceburi bidang perniagaan makan sejak zaman Covid lagi, pertengahan 2019. Saya cuma fokus menjual laksa, aneka tauhu dan spaghetti bolognese. Saya akui, bidang perniagaan jenis makanan ini, memang satu cabaran dan dugaan bagi permula. Akan tetapi ianya boleh menjadi satu kepuasan apabila hasil jualan yang diterima, sangat memuaskan dan pelanggan memuji kesedapan makan yang kita hasilkan.
Melalui Blog ini, saya akan isikan pelbagai info. Have fun reading!
.jpg)



Comments
Post a Comment