Rengat
Ada yang pernah sakit perut atau sakit dibahagian ari-ari selepas bersalin? Rasa macam senggugut ataupun contraction ketika mengandung? Itulah namanya RENGAT..
Mak aii.. Sakit tau kene rengat selepas brsalin.. Saya mula kena rengat sejurus selepas bersalin aisyah.. Waktu tu rasa pelik, aiik takkan contraction pula.. Sakitnya terasa selang2 beberapa minit cmtu.. berterusan sehingga kehari ini.. Tapi asa masa die tak datang langsung.. Sewaktu di HTJS, saya kerap sangat kena rengat.. Ketika itu, saya tak tahu sakit2 perut tu tandanya rengat (tak sempat nak mengooglekan).. Sehinggakan saya sendiri takut nak beritahu doktor tentang apa yang saya alami.. Yela, risau tak bagi discharge awal.. Dahla kene tahan 1 malam sb bleeding teruk after deliverd..
Rupa2nya sakit rengat ini adalah perkara biasa pada sesiapa yang pernah bersalin sebelum2 ini (ibu yang baru bersalin anak sulung, mungkin takkan kena rengat).. Nurse ada beri saya ubat tahan sakit untuk melegakan sakit perut dan sakit dijahit.. Alhamdullilah, sedikit sebanyak, memang membantu..
Bila berpantang, my confinement lady ada bagitahu cara melegakan rengat.. Bertungku, bertuam atau banyak minum air kosong.. Bila saya amalkan, memang terasa rengat tu berkurangan.. Cuma bila uruskan aisyah kuning ari tu, tak sempat nak amalkan.. Setakat minum air kosong je.. Mane taknye, berhari-hari saya terpaksa ulang alik dari klinik kesihatan ke hospital.. Kalau orang tua2 tgk, confirm kene tegur setepek "Ko ni berpantang ke tak ni?" Hihihi.. Berpantang dalam kereta😂..
Rengat ini adalah salah satu proses untuk mengecutkan rahim secara semula jadi.. Kita menyusu anak pun dapat mengecutkan rahim disebabkan pengeluaran hormon tertentu.. Rengat ini akan berlangsung sehingga 6minggu selepas brsalin.. Itu facts yang saya google.. Tapi kalau kena dengan cara, InshaAllah rengat akan hilang lebih awal dari 6 minggu.. So kena rajin bertungku,bertuam dan minum air kosong!
****
Bila bertungku, darah nifas pun keluar dengan lancar.. Time tu rengat pun berkurangan..

Comments
Post a Comment