Udang Sambal Manis

Resipi udang sambal manis ini memang tidak asing lagi bagi family saya.. Masakan yang selalu emak saya masakkan untuk kami adik beradik.. Kalau balik kampung, confirm mengidam lauk udang sambal manis air tangan mak.. Kali ini sempat melihat emak memasak lauk kegemaran kami adik beradik.. Mak saya ni tiada resipi khusus, mak kate semua campak je (bukan betul2 cmpak, tiada sukatan maksudnye)

So resipi ini, saya buat ada sukatan.. tp tak tepat sangat, pandai2 adjust rasa gula dan garam sahaja..

UDANG SAMBAL MANIS




BAHAN-BAHAN
20 ekor udang
20 tangkai cili kering
1 bawang merah besar (potong kasar)
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil belacan (Lebih kurang secubit)
1/2 sudu besar asam jawa (belum campur dengan air lagi tau)
3sudu besar sos cili 
4 sudu besar sos tomato (letak lebih sikit dari sos cili)
2 sudu besar gula
Garam secukupnya
2 sudu besar sos tiram (optional, xnak letak pun xpe-mak saya tak letak)



CARA MEMBUAT
1) Rebus cili kering terlebih dahulu, kemudian blend dengan air.
2) Masak cili kering yang telah diblend sehingga pecah minyak.
3) Setelah mendidih dan pecah minyak, masukkan halia dan asam jawa (yang telah dicampur air)
4) Kacau sehingga sebati, masukkan sos cili, sos tomato, belacan,gula, dan garam. 
5) Apabila sudah sebati dan mendidih, baru masukkan udang. Gaul sehingga udang masak
6)  Masukkan bawang dan gaul sehingga kuah memekat

Comments

Popular Posts