BERPANTANG SENDIRI DI MUSIM PKP

Assalamualaikum wbt.

Musim pkp ni, sememangnya menghadkan pergerakan dan urusan semua orang termasuklah ibu-ibu mengandung yang menunggu masa untuk bersalin. Alhamdulillah, segala barang pantang dan keperluan bayi sudah saya sediakan sebelum pkp lagi, jadi saya tidak menghadapi kesulitan untuk menyediakannya.

Persediaan dalam berpantang dan bersalin untuk kandungan ke-3 ini adalah lebih teratur dan banyak diberi perhatian berbanding kelahiran sebelumnya. Al-maklumlah, kali ini terpaksa berpantang sendiri dengan bantuan suami di rumah dimana sebelum ini saya berpantang di rumah mak. Sebenarnya, tiada beza berpantang sendiri dan berpantang di rumah mak. Hal-hal seperti bertungku, pemakaian bengkung dan sapuan minyak di badan, semuanya dilakukan sendiri. Cuma makanan pantang sahaja diperlukan bantuan untuk dimasak sepanjang tempoh berpantang.

Ada hikmahnya berpantang di waktu pkp. Hikmahnya adalah hubungan suami isteri lebih akrab. Rasa lebih disayangi dan terjaga sepanjang berpantang dengan bantuan suami. Dari masak sehinggalah urusan hal-hal mandian saya dan bayi baru lahir. Pelbagai info mengenai cara berpantang sendiri yang saya dapati dari blog, facebook dan carian google, dimana saya olahkan mengikut cara saya tersendiri. Masih mengikut pantang secara tradisional tetapi lebih mengikut kemampuan diri berdasarkan pengalaman sebelumnya. 

Ini adalah jadual pantang saya. Flow berpantang nampak smooth dengan adanya jadual. Akan tetapi, perlaksanaannya tidak mudah dijangkakan. Walaupun saya olahkan seperti jadual waktu tetapi saya lakukan setiap perkara mengikut kemampuan dan keadaan diri saya ketika itu. Contohnya, mandi suam @ herba dilakukan pada 6-7 pagi, tetapi adakalanya saya mandi selepas selesai menyusukan bayi atau tukar pampersnya. Yang penting, bayi perlu tidur sebelum kita mandi, bertungku dan sebagainya. Ianya untuk mempermudahkan urusan berpantang kita tanpa sebarang gangguan. Jika tidak mampu juga, minta bantuan suami. Waktu dan masa sememangnya tak akan menepati seperti mana dirangka di dalam jadual, tetapi aturan berpantang saya tetap akan lakukan.



Ada yang tanya, pentingkah pam susu? Penting untuk ibu yang bekerja, penting untuk stimulate pengeluaran susu ibu pada awal kelahiran (1-2 hari selepas kelahiran). Bagi saya, penggunaan pam susu sangat membantu saya sejurus selepas melahirkan anak. Jika kita disalurkan oxytocin (ubat untuk merangsang pengecutan rahim), penghasilan susu akan terbantut. Jadi, pentingnya kita untuk stimulate pengeluaran susu. Ada cara lain boleh dibuat selain penggunaan pam susu seperti kaedah mengurut dan hisapan direct dari bayi.

Ini adalah nota ringkas yang saya buat untuk aturan berpantang. Sebelum tempoh untuk bertangas dan consuming pil herba dan herbanika, saya hanya buat aktiviti berpantang yang berbintang purple sahaja.  




Tangas sangat penting untuk merawat bahagian dalaman wanita kita. Jadi, saya mula menitikberat tentang bertangas dalam amalan berpantang saya. Kelahiran anak sebelum ini, saya tiada kesempatan untuk bertangas ketika berpantang apatah lagi selepas berpantang. Nampak seperti alasan, tapi itulah hakikatnya. Saya mula mencari peralatan bertangas ketika mengandung anak yang ke-3 ini. Peralatan yang penting perlu disediakan seperti periuk tanah liat, batu sungai dan kerusi tangas.  Jika tidak mampu beli kerusi tangas, boleh DIY sendiri menggunakan kerusi plastik. Musim pkp ini, banyak sangat masa terluang di rumah, jadi saya meminta bantuan suami untuk DIY kerusi tangas. Mudah, jimat dan ringkas.

Cara mandian juga tidak boleh dipandang ringan. Ada sesetengah ibu berpantang salah amalkan cara mandi. Mengikut amalan berpantang tradisional, ibu berpantang seeloknya mandi dengan air rebusan herba dan air suam sepanjang tempoh berpantang 44 hari. Jika tiada daun-daun herba untuk direbus, boleh juga menggunakan option hanya sekadar mandi dengan air suam panas. Untuk saya, saya hanya mandi dengan air suam panas sahaja. Perlu diingatkan, rambut dan muka perlu disiram dengan air biasa bagi mengelakkan rambut gugur dan kedutan pada muka selepas berpantang. Hanya badan sahaja disiram dengan air suam panas. 

Amalan berurut, sapuan minyak dan bertungku perlu dilakukan sesudah mandi. Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah mengeringkan tempat luka, sapuan ubat luka dan memakai pad. Seterusnya, saya memakai pilis (jenama ibusuri) di dahi dan belakang leher dan mengikat rambut sekuat mungkin. Kemudiannya, saya akan mula sapu campuran minyak herbanika dan param pada sekitar tapak kaki dan betis. Urut sedikit dan terus pakai stokin. Selepas itu, saya akan mula bertungku di tapak kaki, di bahagian perut dan ari-ari. Oleskan campuran minyak herbanika dan tapel pada perut sesudah bertungku. Seterusnya, memakai bengkung dan saya akan rehat 5-10 minit sebelum makan.

Pemakanan pil phytonatal dan air herbanika pula, diamalkan sejak anak ke-2 lagi. Keberkesanannya sangat memuaskan. Mudah untuk membuang dan menyingkiran toksin (ala detox) dalam badan. Saya kongsikan cara pemakanan phytonatal dan air herbanika. Saya mulai consume pil phytonatal dan air herbanika selepas bayi tiada jaundis dan result dibawah lingkungan 100. Alhamdullilah, untuk anak kali ini, kuningnya hanya berlarutan sehingga hari ke-13 kelahirannya. Untuk tempoh jaundis ini, saya banyak amalkan pemakanan oren sunkist (penambahan vit-c), anggur hitam, milk booster dan makanan sihat (elakkan dari makan makanan berminyak). Cuba elakkan dari makan kunyit dan jamu. Sentiasa menyusui anak setiap 2 jam di waktu siang dan 4 jam di waktu malam bagi memudahkan anak membuang air besar dan kecil. Pengeluaran najis ini adalah faktor utama penurunan kuning. Jika tidak mampu menyusu setiap 2 jam, boleh selangkan 4 jam asalkan anak breastfeed dengan lama antara 10-15 minit. 




Perlu diingatkan, ubat-ubatan yang beri oleh hospital wajib dimakan. Sepertimana kes saya (boleh rujuk entry Tumpah darah), saya mengalami tumpah darah yang banyak selepas bersalin dimana HB sy menurun sehingga 8.5. Ubat tambah darah seperti Iberet sangat membantu dalam proses membaik pulih tahap HB saya. Bak kata tukang urut, kalau nak minum air berais selepas pantang mesti pastikan tahap HB lebih dari 11-12. Menurutnya, jika diminum awal air berais, kita mudah terkena sakit urat di kemudian hari atau bentan urat. Seeloknya berpantang ais setahun jika HB masih low dari normal.

Saya mengambil Iberet 1-2 jam sebelum makan pagi. Misalnya, jika saya makan pagi pada pukul 8 pagi, saya akan makan 1 pil Iberet antara  6 - 7 pagi. Ini juga kerana saya akan makan pil phytonatal dan air herbanika sesudah bersarapan. Jika terlepas waktu makan untuk Iberet, boleh makan 2-3 jam selepas makan kerana ketika itu perut sudah kosong dan makanan sudah dicernakan.

Air longan atau milk booster adalah antara minuman penting untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Saya sarankan seeloknya minum air longan ini 2-3 kali sehari pada awal minggu selepas bersalin. Saya mengalami bengkak susu selama 2 hari akibat dari minum air longan lebih dari 4 kali sehari. Apabila suami menjadi tukang masak dan tukang urus pantang, air longan sentiasa dijamu dan tersedia di sebelah katil. Antara asbab kenapa saya minum air longan lebih dari sepatutnya. Jika ada yang bengak susu selepas minum milk booster ini, seeloknya dijarakkan 1-2 hari.

Boleh klik ini untuk melihat entry berikut:
barang pantang
barang grooming baby
menu berpantang

Comments

Popular Posts