Berdiet Dengan Tortilla Ayam Salad

Siapa taknak kuruskan.. Lebih-lebih lagi bila berat dah menjangkau berat ideal.. Pakai baju biasa dipakai pun dah tak muat.. Jangan kata pipi je naik, lemak kat pinggang and bawah lengan pun dah bertambah.. hihihi.. It happened to me too.. Jenis kuat makan seperti saya memang susah nak control nafsu makan.. Rancang nak diet, tapi hari itulah teringin nak makan ayam paprikla, ayam rendang kuningla, biskut coklat.. Perut, jangan kate tak bergelora, asyik berbunyi-bunyi "~nak makanan~~nak makanan~~" berdayu-dayu gitu.. Kalau dapat nasi, makin bertambah-tambah selera.. 

Sebelum misi berdiet, saya dah mula makan kurang, ambil portion sedikit je.. maksudnya kalau ambil nasi, separuh senduk, ayam pon ambil setengah bahagian dada.. I ate less, tapi tak tau kenape berat tak turun-turun dan kadang2 asyik naik je bila timbang.. Bila dikaji, (resourses: google; books), kalau kita makan kurang atau badan kita kurang dapat carbo, fat atau nutrient, badan kita akan melalui fasa starvation atau survival mode.. Nak tau lebih detail, boleh google ttg survival  mode tu.. Saya tak pandai nak elobarate ttg mode2 berkaitan dan calorie intake.. Salah cerita nanti, berdosa pula,.. bagi ilmu salah, kan tak elok.. hihi..

Bila difikirkan semula, mungkin cara pemakanan saya sebelum ini salah dan senaman yang tidak betul juga menyumbang berat badan saya tak turun-turun.. Aktiviti mengemas rumah itu memang sudah menjadi kebiasaan.. Tapi, setakat kemas rumah dan mop lantai memang tak cukup untuk menaikkan metabolisme dan mengurangkan berat badan.. Jadi kena bersenam juga..

Alhamdullillah, berat badan saya hampir kembali ke berat ideal.. Cuma perlukan usaha dan masa saje lagi untuk betul-betul kembali dan kekal berat sepatutnya.. Mmm, ok, back to the point (panjangnye pendahuluan siap berperenggan lg). Sebenarnya, saya nak berkongsi dengan semua, menu berdiet saya.. Antara menu yang saya sukai, Tortilla Ayam Salad.. Mudah je nak buat, beli je bahan2 ini



Bahan-Bahan
Sekeping Tortilla (Brand Misson-onion &chive)
Salad (Saya suka salad butterhead; rase die pahit2 manis cmtu)
Setengah biji bawang besar (Potong kasar-kasar)
Timun pickle dan capsicum (optional)

Bahan Perapan Ayam
Setengah dada ayam (nak buat 1 dada ayam pun takpe)
Separuh lemon (air perahan)
Setengah sudu besar lada hitam
Setengah sudu besar serbuk paprika (kalu xde pun takpe)
1 sudu besar olive oil
Garam

Bahan Sos
1 plain Yogurt
2 sudu besar air perahan lemon (ikut citarasa, nak banyak pon boleh)
1 sudu kecil lada hitam (nak banyak pon boleh)
**Nak letak garam dan gula pon boleh, tp sebab diet, saya tak letak.. Sebab dah letak di perapan

Cara masak


  • Perap semua bahan bersama ayam dan biarkan dalam fridge selama 20-30 minit (jgn lupa seal dengan plastik wrap atau tutup dengan penutup/pinggan supaya ayam tak berbau peti ais.. hihi)
  • Sediakan bahan-bahan salad dan ketepikan
  • Sediakan bahan sos dan simpan didalam fridge
  • Mula grill/bakar ayam selama 10-12 minit (kalau ada magic pan, lg bagus)
  • Letak tortilla atas ayam (kalu guna pan) supaya tortilla tadi lembut, kemudian angkat selepas 2-3 minit
  • Angkat dan potong ayam menjadi kepingan (potong kasar-kasar)
  • Sapukan sos diatas kepingan tortilla
  • Mula untuk dressing dan wrapping=)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semudah ABC je.. menu senang dan sangat mengenyangkan untuk berdiet.. kalori pon rendah.. Kalau saya, saya makan tanpa sos.. Rasa perapan pada ayam pun sudah mencukupi untuk menambahkan rasa bila makan..

Nanti saya share lagi resipi sihat.. Selamat Mencuba~  Jangan lupa follow saya ya=)

Comments

Popular Posts