Kuruskan badan dengan air Detox
Saya ada beberapa resipi detox pilihan.. Rata-rata, semuanya air (ofcozlaa).. Kalau saya simpan je, tak berkatla ilmu didada kan..
Air detox kalau melibatkan lemon, limau nipis, maknanya ada asid citrus, elok kita consume seminggu sekali.. Kekerapan meminum air detox berunsurkan citrus, boleh menyebabkan pedih ulu hati dan menghakis gigi.. Cuba baca disini dan disini.. Tetapi, air detox lemon banyak membantu mengurangkan berat badan dan pencucian toxic.. Ramai yang menyangkal kelebihan detox membuang toxic.. Selain berbekam (membuang toxic dibawah kulit), detox juga membantu membuang toxic berlebihan didalam perut dan usus kita.. Sebab itulah, detox dipanggil water cleansing ..
Air detox paling mujarab dan diakui ramai adalah plain water.. Plain water itu sendiri ZERO calorie, jadi sangat2 membantu untuk sesiapa yang ingin menguruskan badan.. Cuma citarasa setiap individu sangat berbeza.. Macam saya sendiri, saya suka mempelbagaikan rasa, perisa dalam minuman.. Jika ingin sesuatu yang sihat, plain water boleh ditambah dengan sebarang buah-buahan atau sayuran..
Jom kita tengok apa yang ada=)
RESIPI DETOX SMOOTHIE
Yang ni saya guna buahan yang telah frozen terlebih dahulu.. Semua bahan blend terus~~
a) Hijau Smoothie
- 1 biji kiwi
- 1 biji pisang (boleh pilih mana2 pisang, asalkan tak kelat)
- ¼ cawan potongan nenas
- 2 batang saleri (yang ni tak frozen pun takpe, tapi kalu xnak rase sayur sangat boleh frozen)
- 2 cawan bayam (hijau lagi better- nak ungu pun boleh)
- 1 cawan air
b) Yellow Rabbit Smoothie
- 2 biji pisang
- 10 batang baby carrot (nak 1 batang carrot biasa pun boleh)
- ¼ timun (timun jepun paling best)
- 1 cawan air
c) Tropical Smoothie
- ¼ cawan potongan nenas
- 1 biji oren (kupas dulu ya)
- 2 batang carrot (baby carrot paling best, senang nak blend)
- 1 sudu kecil biji selisih (rendam dulu dalam air panas)
- 1 cawan air
d) Epal Smoothie
- 1 biji epal hijau
- 1 biji epal merah
- 1 biji pear
- 2 sudu besar perahan air lemon
- 1 cawan air
TEA DETOX
Yang ini, saya menggunakan uncang tea hijau.. boleh guna mana2 jenama.. Kalau ada yang dapat tea jasmine, lagi elok.. Kalau omputih, banyak menggunakan dandelion tea.. kat Malaysia ni, mane ada tea dandelion.. Tapi kalau ada yang dah jumpa, inform saya ya.. Nak beli jugaaa~~
Untuk Tea Detox tu, boleh consume dalam keadaan sejuk, tapi saya suka minum dalam suam2.. Meningkatkan metabolisme badan.. Elok minum sebelum tidur sebab waktu tidurlah, makanan kita makan dan lemak2 dalam badan berusaha untuk terurai dan dicerna.. Bila ada pemangkin mcm tea hijau ni, bertambah cepat lemak2 dan makanan kita makan terurai.. hihi.. Kalau kita timbang berat badan selepas bangun tidur mesti kurang dari semalam kan.. Lepas bangun tidur pun elok minum tea hijau.. Jangan terlalu kerap minum green tea, ianya boleh menyebabkan sembelit.. Bila consume tea hijau, elok minum air kosong kerap untuk mengelakkan sembelit.. ~Kalau makan kne berpada-pada, minum air detox pun kene berpada-pada~~
Jika ada yang tak suka rasa plain green tea, boleh ikut resipi ini~~ blend juga tau
a) Yogi Tea Detox (panas)
- 1 cawan tea hijau
- ¼ cawan potong mangga (nak rasa manis, pilih mangga manis)
- ¼ cawan potong nenas
b) Yogi Tea Detox (sejuk)
- 2 cawan tea hijau sejuk
- ⅓ cawan frozen potong mangga
- ⅓ cawan frozen potong nenas
c) Iced Tea Detox (boleh simpan dalam fridge untuk minum berulang kali-portion besar cukup untuk 7-8 serving)
- 7 cawan air
- 5 uncang tea hijau (kene buang tag kertas, sebab nanti nak boiled dlm periuk
- 1 keping lemon dipotong (kulit dikupas dulu)
- 1 keping orange dipotong (kulit dikupas dulu)
- ¼ cawan halia dipotong`menjadi kepingan
- ¼ cawan mangga (nak yang frozen pun boleh, yang fresh pun boleh)
- ¼ cawan nenas (nak yang frozen pun boleh, yang fresh pun boleh)
***Rebuskan halia dengan air.. Bila dah mendidih, tutup api dan letak uncang tea hijau didalam air rebusan halia.. Kemudian, biarkan seketika dalam 12-15 minit.. Bila dah suam2, tapis air rebusan halia dan tea hijau.. Air ditapis boleh ditambah dengan kepingan lemon, orange, potongan mangga dan nenas.. Kemudian, blend semuanya.. Kalu nak rase manis, boleh letak 1 sudu madu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau nak create resipi sendiri pun boleh.. boleh campur macam2 buah-buahan.. asalkan organic dan sedap.. Ada yang rendam je kepingan lemon, oren, halia didalam ais.. Saya paling suka air detox serai... Sedap tau.. Tak caye? boleh try..
SERAI DETOX
1 batang serai (dipotong dahulu)
5 helai daun pudina
1 keping lemon
2 sudu perahan lemon
2 kepingan halia
2 biji asam (optional sebab ade garam)
1 cawan air
***Buat rebusan halia dahulu.. Bila air rebusan halia dah suam2, boleh blend dengan serai dengan perahan lemon.. Campur kepingan lemon, daun pudina didalam air diblend.. pastu simpan dalam peti ais.. nak minum sejuk pun boleh, nak minum selepas blend pon boleh... Ada orang suka letak asam bagi ade rasa masam manis... Tapi untuk menguruskan badan, asam tak disarankan..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SELAMAT MENCUBA=)

sekali dengan serat atau ambil just je
ReplyDelete