Resipi Sambal Belacan

Setiap hidangan mesti ada hidangan sampingan.. Pelengkap rasa orang kate.. Tak kiralah apa jua hidangan sampingan yang disediakan, asalkan ada sesuatu dapat melengkapkan hidangan.. Di Korea, hidangan sampingan masyarakat disana terkenal dengan kimchi dan soybean paste..  Soybean paste seakan-akan seperti taucu, paling dekat rasanya seperti sos hitam yong tau fu.. Haa, siapa yang pernah makan kat Dobuyo (betul ke ejaan saya ni?), mesti pernah rasa.. Saya tak berapa minat sangat..

Berbalik kepada hidangan sampingan.. Pelbagai jenis hidangan sampingan yang dapat kita perolehi di Malaysia. Lebih-lebih lagi Malaysia terkenal dengan budaya dan masyarakat berbilang bangsa kan.. Kalau orang melayu, terkenal dengan sambal belacan, budu, sambal tempoyak, sambal asam, sambal kicap.. Mungkin ada pelbagai jenis hidangan sampingan di kalangan masyarakat melayu yang masih kita tak tahu.. 

Hari ini saya ingin berkongsi resipi sambal belacan (my own version).. Istimewanya tentang sambal belacan saya (takdalah istimewanya=P), saya tumis sambal sehingga naik minyak.. Saya goreng pun sebab nak bagi tahan lama.. Jom, Rollinggg~~~

Sedap sambal belacan goreng.. terserlah rasanya..

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji bawang merah besar ( kalau ada bawang merah kecil saiznya, boleh guna 2 biji)
  • 4 tangkai cili kering (rendam dengan air panas)
  • 4 biji cili merah
  • 20 biji cili api (nak banyak pon boleh, untuk kepedasan maxima)
  • 1 biji tomato (ikut size juga, kalau kecil, boleh letak 2 biji)
  • 2 inci belacan
  • 1 sudu kecil gula (ikut nak letak berapa banyak, asalkan jangan rase manis sgt)
  • Secubit garam
  • 3 biji limau kasturi (ambil air perahan sahaja)



CARA MEMBUAT


  • Kisar kesemua bahan kecuali air perahan limau (nak tumbuk pun boleh)
  • Jangan terlalu lumat atau halus, sedang2 sahaja
  • Panaskan minyak (minyak canola-matahari.. nak sihat)
  • Tumis sehingga naik bau..
  • Siap=) Dah boleh hidang..


Dah macam sambal tumiskan..  hihihi.. Kalau terbuat banyak, takpe.. Boleh simpan.. Nak jadikan bahan tumisan untuk buat sambal udang, ketam, sotong pun boleh... Saya dah buat experimen tau.. SEDAPP~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts