Minuman Berpantang
Now, kandungan dah masuk 39 minggu 1 hari.. Punyalah suspen bilalah anak ni nak keluar melihat dunia.. Suami target dalam minggu ni juga bersalin.. Serius, simptom2 nak bersalin tu tak datang lagi.. Cuma perut kebawah tu sah nampak sesangat.. Tunggu masa nak bersalin... Saya cuma boleh berdoa dan berdoa... Mengharapkan proses bersalin dipermudahkan dan bayi dah terus engage.. Please nak.. Mak dah tak sabar nak tengok awak.. hihi..
Ok, sebenarnya entry kali ini saya ingin berkongsi persiapan kecil-kecilan saya untuk berpantang dengan air rebusan kayu sepang kederang dan milkbooster rebusan air longan dan etc.. Resipi? Boleh tengok entry sebelum2 ni tau.. Saya ada listkan..
Semangat nak berpantang dengan bahan2 ni bermula sejak melihat sil2 sihat, segar bugar semasa mengamalkannya.. Dulukan time Hanis, pantang tak berapa betul, jadi terasa sakit2 urat.. So kali ni, nak pantang betul2… Semangat nak sihat dan slim cecepat.. hihi.. Yang penting, nak sihat2 macam orang2 dulu2...
Jom tengok barang2 minuman pantang yang saya sudah sediakan=)
Tadaaaaa!!!
Kepingan halus sepang kederang.. My mil dah siap2 inform cara penggunaannya.. Ambil sekeping kayu halus warna merah dan light orange.. pastu rebus guna periuk tanah seperti gambar dibawah.. Air perlu separuh balang periuk tanah.. Nak letak manjakani boleh, tapi mil sarankan guna sebiji je.. jangan banyak2, kang ketat sangat bawah tu.. hihihi. Yela, nnt menganggu darah nifas keluar dengan baik.. Bab2 manjakani ni, mungkin saya akan amalkan bila darah nifas dah habis.. lagi mudahkan..
Periuk azimat mil guna sepanjang sil2 berpantang.. hihihi.. Periuk tanah inilah digunakan untuk mereneh, merebus air kayu sepang kederang nanti.. Tak boleh guna periuk tanah yang sama utk merebus air longan tau.. Sebabnya, air rebusan kayu sepang kederang ni super duper pahit (kate sil2)... Pahitkan ubat.. Kenalah paksa tekak ni menelan nnt.. cawan khas untuk air rebusan pun saya dah siap2 sediakan.. Amboi semangat tak kitee.😋
Milkbooster pilihanku.. Longan+tamar merah+goji+kulat putih+gam arab.. Semangat tau siap bungkus2 ikut tempoh hari berpantang.. Mil tlg bungkuskan sekali.. Semua bahan2 ni, mil yang sediakan, lebihan sil2 pantang tempohari.. Mil pon suggest kat suami untuk ambil bahan2 milkbooster ni.. Nak elakkan pembaziran..
Ini cuma sebahagian barang2 dan bahan2 berpantang saya.. Ada lagi barang lain sudah saya siapkan.. Berkotak2.. Mak dan adik beradik saya pun terkejut melihat barang2 yang saya bawa dari seremban.. Almaklumlah, brpantang di bangikan.. Mesti semua benda kena serba lengkap, kata nak berpantang dengan baik kali inikan😋..
Jangan kena induce sudah..Takmo.. Nak rasa sakit bersalin semulajadi.. Cepat nak, masuk laluan.. Mak masih rase awak sangat2 aktif bergerak dalam perut ni.. Kakak Hanis dah buat siap2 laluan untuk awak keluar..




Comments
Post a Comment