Placenta Previa Type 2 PART 2

Sambungan..... PART 2


Antara pesakit2 PP di Wad 3B Kenanga ini, usia kandungan saya adalah paling tua.. Rata-rata yang masuk wad untuk kes PP adalah antara 28-30 minggu.. Dan saya pula ketika usia kandungan 32 minggu.. Bukan main marah doktor kerana saya masuk wad terlalu lewat😓.. Nak buat macammana kan..

Rutin setiap hari di wad adalah sama.. Takda yang berbeza.. Nurse akan datang ke katil.. Tak kisahlah time tu kita tengah tidur ke, tengah baring2 ke, mereka tetap jalankan tugas mereka mengambil BP dan rekod kadar degupan jantung baby.. Sehari mau dalam 4-5 kali.. Tapi takpe.. Best kadang2 dapat borak2 dengan nurse, pada masa yang sama kita pun tahu baby kita ok tak dalam perut ini.. 

Berbalik pada kisah PP saya, saya selalu berasa tertekan.. Mana taknya, memikirkan kedudukan uri abnormal, bersalin c-zer, teringat anak dan suami lagi, lagi2 bila dapat tahu kene stay sampai bersalin! Nasib baik ada family yang sangat supportive.. Hari2 suami pesan supaya tidak melayankan perasaan sedih dan stress.. Mak ayah dan adik juga pesan Ingat Allah SWT sentiasa dan solat jangan tinggal..

Ni nak cerita... Almost everyday, Specialists atau Medical officer (MO) dan Houseman (HO) akan ronda2 setiap katil pesakit.. Setiba ke katil 21 (katil sayalah tu), mesti tanya soalan yang sama.. (Rasanya setiap katil tanya soalan yang sama.. cuma berbeza jika berlainan kes) Bleeding? Contraction ada? Gerak anak ok? Keadaan puan macam mana? Saya jawab ok, kadang2 senyum angguk2 je.. One time tu (Rasanya byk kali kot), Specialist kongsi info tentang kes PP saya kepada HO dan medical students. Dia kata, untuk usia kandungan saya melewati 32 minggu keatas, peluang untuk naik ada tapi tipis.. Terkejut sat.. Saya mampu mendengar dan tersenyum je.. Menangis? Sorok dalam hati.. Yela, semua duk kerumun katil, malu tau nangis depan2 orang ramai.. Kalau tanya mana2 doktor lain di wad, jawapan meraka tetap sama seperti "Susah sikit nak naik semula" atau "Kebanyakkannya akan terus kekal di posisi yang sama untuk 32minggu keatas".... Luluh hati ini.

Bila asyik melayan perasaan sedih mendengar berita tak best ni, saya mula rajinkan diri untuk searching info dan kisah2 pp di google, blogs, facebook.. Banyak juga kisah yang memilukan, mengerikan dan happy ending pun ada..  Positifnya, of coursela boleh naik semula uri..Yang negatifnya, memang jarang uri naik untuk 32 minggu ke atas.. Bila baca kisah mereka yang ada PP ini, mesti mengalir air mata.. Yang kena sahaja yang faham.. Betul tak?.. Ada one time tu, saya gatal sangat nak tanya pengalaman2 ibu2 tentang PP type 2 melalui Fb kelab Ibu mengandung (tak salah saya lah).. Saya tanya soalan simple yang selalu ditanya oleh orang yang ade kes PP seperti "Ada chances tak uri naik semula untuk kes PP type 2 ketika 32 minggu?".. Rata-rata memberi respond sangat2 negatif.. Baca respond mereka, terus menangis.. Macam takda harapan kata mereka..

Bila keseorangan, mudah rasanya untuk muhasabah diri.. Terlintas dalam fikiran, kata2 manusia hanyalah kata-kata sahaja, tapi Allah lagi Maha Kuasa tentang segala2nya,,  Dan tibala masanya saya merujuk masalah terkandung dalam diri ini kepada yang maha esa.. Ayah tak putus2 pesan kepada saya supaya selalu beristighfar untuk meminta keampunan dari-Nya...So, everyday saya selalu beristighfar, mengaji, berdoa, buat solat sunat hajat dan tahajud.. Minta pada Allah untuk naikkan uri ini.. Pada awalnya, saya melakukan solat secara duduk di kerusi memandangkan kes PP ni tak boleh berdiri terlalu lama dan perut saya kerap sangat rasa sakit terutamanya dibahagian ari2.. Tapi bila difikirkan semula, saya masih boleh berjalan ke pantry dan ke tandas, jadi saya mampu untuk bersolat secara berdiri.. Sebenarnya solat seperti biasa adalah lebih mujarab untuk orang yang ada kes PP ini.. Bila kita bersujud, uri mampu berubah kedudukan seiring dengan pembesaran uterus.. Bayangkan berapa kali dan berapa lama kita bersujud.. Kita sendiri tidak pasti bila masa uterus kita membesar, jadi kekerapan bersujud didalam solat 5 waktu, inshaAllah boleh membantu.. tapi kita perlu sentiasa ingat, ini adalah salah satu usaha, Allah yang tentukan.. Doa juga salah satu usaha..

Pendekkan cerita... Menjelang hari ke-14 (Jumaat: 27/1/2017), saya akan discan utrasound abdomen untuk kali kedua.. Hari tersebut adalah hari yang memang saya nantikan sepanjang di wad.. Ketika sedang elok menjamu sarapan, nurse memanggil saya untuk ke bilik pemeriksaan.. Saya terus bergegas ke destinasi yang dinanti-nantikan.. Setiba di bilik pemeriksaan, saya diminta untuk baring.. Doktor masih belum kelihatan, jadi saya ambil peluang untuk beristighfar banyak2 dan berdoa pada Allah.. Pukul 8 pagi (tak silap saya), doktor datang dan mulakan pemeriksaan uri.. Alhamdulliah... Uri saya naik walaupun bukan ke kedudukan yang normal.. Apabila Doktor kata, uri saya sudah melepasi kes Placenta Previa, ya Allah!bukan main gembira hati saya.. Bersyukur sangat sehinggakan hampir mengalir air mata.. Mana taknya.. Semua doktor2 di wad termasuklah specialist beranggapan uri saya sudah tiada peluang untuk naik semula (ketika itu, usia kandungan saya sudah mencecah 34 minggu- specialists beritahu saya bahawa chances uri untuk naik adalah 1-2 % sahaja atau mungkin akan kekal)..Saya yakin, ini semua kuasa Allah..

Hari itu juga saya dibenarkan pulang dan sambung bed rest di rumah.. 

**Untuk sesiapa yang mengalami PP type 2 seperti saya, saya ingin berkongsi tips2 yang saya amalkan sepanjang saya ditahan wad selama 2 minggu..


  • Ambil masa untuk perbaiki diri terutamanya rujuk cara solat dan bacaan dengan betul.. Mungkin ada sesetengah dari kita yang tidak ambil kisah mengenai solat dan cara bacaan ayat Al-Quran
  • Selalu beristighfar, berzikir dan selawat atas nabi.. Ketika selawat, selalu sapu2 keatas perut dari bahagian ari2 sehingga ke bawah dada..
  • Selalu berinteraksi dengan bayi dalam kandungan.. Bukan sekadar cakap2 kosong, tapi selitkan dengan baca surah2 seperti Alam Nashrah, surah yunus, surah maryam, surah luqman..
  • Perbanyakkan solat sunat hajat dan tahajud.. Bersungguh untuk bangun malam untuk melakukan solat sunat.. Saya selalu bangun antara pukul 1 dan 3 pagi kerana ketika itu, suasana sepi dan sesuai untuk bersolat dengan khusyuk.. Niat dihati, nak bangun solat malam.. InshaAllah, boleh bangun tanpa bantuan alarm hp..
  • Sujud lama2 ketika solat wajib atau sunat.. berdoa ketika sujud terakhir.. time tu boleh sujud lama2 kan..
  • Berbuatbaik dengan orang sekeliling tak kira nurse atau jiran sebelah katil..
  • Jaga hubungan dengan suami.. Kalau boleh janganla susahkan dia selalu..
  • Minta family doakan kita
  • Kurangkan berjalan terlalu banyak di wad, sentiasa baring mengiring..
  • Yang penting, jaga aurat didalam wad..kalau boleh pakai handsock dan stokin, pakailah.. bertudung sentiasa..

Diharap kisah saya dan tips saya kongsikan dapat membantu orang2 yang senasib seperti saya.. ingatlah.. Sentiasa bersangkabaik denganAllah.. Janganla kita merungut dengan berkata "kenapalah aku kene PP" "Kenapalah Allah bagi ujian seperti ini"..Setiap ujian Allah beri, semunya ada hikmah.. Allah beri ujian ini pada orang yang mampu hadapinya...


p/s: Placenta Previa ini bukan penyakit atau bukannya disebabkan keturunan ke ape ke.. Mak saya ok je bersalin, 5 orang anak, semuanya bersalin normal... Ramai yang salah anggap tentang PP ini penyakit keturunan.. No! Ini adalah semulajadi terjadi ketika zigot menempel di rahim.. Ini semua kerja Allah..

Comments

  1. Alhamdulillah saya jumpa blog ni. Terima kasih sis atas perkongsian. Saya akan terus berdoa di bulan puasa ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..dpt baca juga pp type 2 ni..tq..sy akn trus brdoa..tq ats perkongsian ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts