Persediaan Untuk Bersalin
Assalamualaikum wbt..
Cepatnya masa berlalu... Tup2 dah masuk 36 minggu.. Sekarang ini menghitung hari untuk bersalin.. Barang pun dah siap prepared awal2, kang masuk hospital awal, nayee.. Jadi macam hari tu, kene tahan hospital 2 minggu tanpa bawa apa2.. Terpaksalah suami berulang alik bawa barang keperluan..
Seperti blog2 lain yang share buck lists barang2, persediaan saya pun lebih kurang sama.. Merangkumi hospital bag for mummy and baby, dan labour room bag for baby.. Barang yang saya listkan berdasarkan pengalaman saya 2 minggu di HTJS.. Saya bertuah dapat tinggal di wad 3B Kenanga, kerana nurse2 disana menjaga rapi bayi yang baru lahir.. Kerap juga saya melihat nurse disana membantu ibu2 yang lepas bersalin, menguruskan bayi dengan memandikan dan menukar diapers.. Jadi, baju dan diapers, mesti kena lebih.. InshaAllah saya kan bersalin disana..
Scroll down untuk melihat senarai persediaan saya untuk ke hospital kelak=).. **Rajin terlebih, tu yang siap buat cantik2.. mana tahu anak2 saya boleh guna kelak.. hihi..
Sudu, garfu dan cawan memang kena bawa sebab HTJS tak sediakan.. Kalau dulu bersalin di Hospital Serdang, mereka sediakan sudu garfu plastik.. Tapi takpe.. Bawa pun bagus juga.. Kalau bawa makanan dari luar, ada sudu tersedia.. Sesiapa nak makan2 buah2an,eloklah bawa pisau dan pinggan plastik ikea tu siap2.. Ada juga tempat alaskan.. Tapi tak taula kalau nak bersalin, ada terasa nak makan epal ke oren ke.. hihi.. ikut masing2..
Di HTJS, nurse memang tak pakaikan barut kepada bayi selepas mandi.. Jadi, ibu2 kena pakaikan sendiri barut dan minyak telon sebab nak elakkan bayi kita kembung perutkan.. Lagipun sebab kat dalam wad tersangatla sejuk.. saya sendiri alaminya.. Setiap kali waktu malam, confirm tutup kipas.. Rasa sejuknya dah macam duduk dalam bilik beraircond.. Stokin tebal jangan sesekali lupa pakai ya.. Walaupun baru bersalin, kena pakai stokin tebal, pakai pilis (herba balm NR menjadi pilihan saya).. **pesanan dari kakak2 di wad..
Tak sabar nak jumpa orang baru ni..



Comments
Post a Comment