Masak Lemak Cili Api Telur
Masak lemak cili api telur memang menu tidak asing lagi bagi saya.. Menu nostalgia katakan.. Mak kerap hidangkan untuk kami adik beradik memandangkan menu ni senang dibuat dan tidak remeh.. Mak bekerja sebagai guru, jadi masa untuk memasak tu agak singkat lebih2 lagi jika mak ada kelas petang, koko, meeting dan kursus.. Se'busy' mak saya, dia tetap akan sediakan makan minum kami adik beradik dengan lengkap dan pelbagai hidangan... Aii, tekak dah mula teringin nak makan masak lemak.. Rasanya dah boleh makan dah makanan bersantan..
BAHAN-BAHAN
Bahan A (Blend)
1 1/2 biji bawang merah besar (ambil paling besar)
*Boleh guna 10biji bawang kecil (byk bawang, kuah lagi manis)
15 biji cili api kampung (cili api apa2 pun boleh, saya guna cili kmpung sebab pedas)
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
Bahan B
1/2 liter air (boleh tambah ikut suka)
5 biji telur
2 kotak santan (atau 2 bungkus santan perah, ikut juga citarasa)
1 keping Asam keping (2 keping kalau kecil)
1 batang serai (diketuk)
Daun kesum (ambil daunnya, kalau nak batang2 sekali pun boleh, mcm saya, saya suka makan daun kesom, elok utk penghadaman)
Garam kasar (sesedap rasa, pun boleh guna garam halus)
Secubit Gula
CARA MEMBUAT
1) Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih
2) Blend Bahan A sehingga lumat dan warna kekuningan
3) Kemudian, masuk bahan A, asam keping dan serai ke dalam periuk dan kacau.
4) Biarkan sehingga kuah mendidih dengan api sederhana kuat
5) Apabila bahan2 blend sudah tenggelam dan sebati dengan kuah, boleh masukkan santan dan kacau sehingga sebati dengan kuah. Then baru masukkan daun kesom, garam dan gula
6) Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah.. Apabila sudah mendidih, masukkan telur
7) Biarkan kuah seketika dengan api perlahan
8) Boleh hidang!
**Boleh gantikan telur dengan ayam, daging atau ikan kembong/selar/ikan keli salai

Comments
Post a Comment