Testimoni Phytonatal NR

Assalamualaikum.. Lagi seminggu lebih je nak masuk bulan puasa.. InshaAllah dapat berpuasa penuh tahun ini.. Baru sekarang, saya ada masa untuk menulis.. Sejak mula sibuk dengan bisnes kain dan menjaga aisyah, laptop hanya digunakan ketika untuk berniaga sahaja.. Jadi nak menghadap blog, memang tak sempat... Alhamdullilah, aisyah pun kurang meragam, baik je budaknya.. Mudahlah saya menyelesaikan tugas yang terbengkalai lamanya.. 

Pantang kali ini pun ada sedikit mencabar.. Paling mencabar adalah menyusu anak.. Keinginan nak mengunyah mengalahkan orang suka makan tau.. Yela, orang kate time berpantanglah nak target kurus cepat dan sihat (Jangan salahkan soal menyusu anak, salahkan diri sendiri).. Menyusu anak ini confirm lapar selalu.. Bila balik rumah sendiri, stok2 makanan sihat (Oat, cereal, buah2an) manalah sempat dibeli, nak shopping lagilah tak sempat.. Jadi balun ape yang ade je.. Last2 sembelit.. Haha.. Minum air banyak (nak lembutkan najis) kalah orang haus.. Dahlah sembelit, pastu berat naik pula.. Stress mak~~

Tapi, tapi, tapiii.. Dengan makan phytonatal je (ada usaha n doa jugakan), masalah sembelit ke, gemuk air ke, hilang cmtu je.. Tak caya, cuba try=) Tapi, bila ada pro, mesti ada con nya kan~~ Ok, untuk entry kali ini, saya nak berkongsi tentang phytonatal yang mula saya consume sejak habis berpantang 44 hari..

Rutin amalkan 3 biji phytonatal dan segelas air suam akar herbanika

::Kesan daripada PHYTONATAL HR::

 SUSU BADAN MUDAH TERHASIL DAN BANYAK 

 TIADA MASALAH KEPUTIHAN 

 SANGAT CEPAT LAWAS 

~PRO
Rasanya kena tengok kesesuaian badan dan tahap kelawasan seseorang.. Apabila consume phytonatal, perut akan memulas setiap masa.. Saya akan mula rasa nak membuang, 6 ke 7 jam selepas makan.. Tak perlu nak meneran teruk, najis senang je keluar..

~CON
Bila perut senang memulas, tandaslah peneman setia.. Senang lawas ini bagus, lebih2 lagi nak membuang semua toksik di usus dan perut.. Cuma, kekerapan membuang pun tak bagus.. Untuk kes saya, lubang punggung saya terluka.. Dah satu kerja pula nak bagi sihat semula.. Seksa tau nak membuang kalau salur keluar tercedera.. Kerap sangat membuangkan dengan najiskan bersifat berasid,  mana taknya boleh terluka.. 

~ATASI
Cara atasinya, saya kurangkan kekerapan pengambilan phytonatal.. Saya cuma ambil selang sehari sahaja.. Walaupun tak ambil setiap hari, saya tetap lawas.. 


 MUDAH BERPELUH 

~PRO
Saya makan phytonatal bersama segelas air suam akar herbanika.. Mungkin itu yang membantu mengeluarkan peluh dibadan.. Peluh pun cara menyingkirkan toksik di dalam badan kita tau.. Kalau bersenam selepas consumed dua2 nie, pun boleh menyumbangkan pengeluaran peluh dengan cepat.. Kalau yang berpantang dan selepas sengkak tu, janganla bersenam berlebih2an, rahim kita baru je nak pulih, kang bentan tak tentu pasal.. 

~CON
Badan berpeluh confirm berBAU!!!

~ATASI
Cara atasinya, MANDI!!!.. hihihi.. Kalau ada sesiapa boleh tengokkan anak atau anak sedang elok je tidur, ambil masa tu untuk mandi dan bersihkan diri.. Biasalah, ada anak sekecil ini, mesti tak smepat nak buat kerja..


 MUDAH BUANG ANGIN 

~PRO
Memang mudah buang angi dalam badan.. Badan orang lepas bersalin ini, sangat mudah masuk angin.. Terkena air sejuk pun boleh sakit urat, apatah lagi kalau direct kipas angin beraircond bagai, confirm badan  berangin je.. Kalau salah makan makanan berangin, elok sangat consume phytonatal dan air akar herbanika.. Sangat2 membantu.. Nak tahu bdan masuk angin ke, kita mula sakit2 urat, lenguh2 badan.. Ini semua berdasarkan pengalaman sendiri... Elok je 3 minggu jaga pantang sebaiknya, nak cheatla kononnya.. last2 badan sakit2.. hihi.. 

~CON
Kalau dah mudah buang angin, confirm orang sekeliling tak berapa gemarkan.. Tapi macam kes saya, suami ok je.. Dia sendiri pun tukang kentut paling legend, jadi kalau orang rapat die buang angin, dia tak kisah.. Sebabnya, die boleh balas balik.. Heeee

~ATASI
Kalau buang angin ini, memang tak ada cara atasi dengan baik.. Pandai2 tukang buang tu atasi sendiri.. Kalau sempat, buang angin kat toilet ketika membuang tu pun dah sangat elok.. Senang, sendiri sedut bau, tak perlu 'derma' bau kat orang lain..


 KELUAR SEGALA KOTORAN DALAM PERUT 

~PRO
Sebelum saya consume, saya ada baca2 sikit tentang kebaikan phytonatal NR.. Rata2 kata, akan keluar lendir2, toksik dalam badan melalui usus.. Memang betul  bab lendir tu.. Sempatla kaji najis sendiri.. Dah nama bekas researcher, sampai bila pun researcher kan.. Ketika berberi, najis orang yang makan NR ni soft tau dan awalnya akan keluar najis lembut dan kemudiannya kan keluar lendir2 bercampur najis.. Bau najis pun agak berbeza.. Kalau sesiapa yang pernah cuba cuci usus dengan minum air detox/air buah2an/sayuran, mesti tahu bau najis 'sihat' =).. Hahaha (jangan ada yang kata 'NONSENSE' sudahla).. Cuba try~~ Lain orang lain hasilnyakan..

~CON
Tiada Con langsung.. 

~ATASI
Erm.. Tiada.. Kalau keluar kotaran segala toksik, kan bagus namanya=)


 BERAT BADAN TURUN 

~PRO
Amalkan consume phytonatal dan akar herbanika serta bersenam sangat membantu untuk kuruskan badan.. Tapi kalau amalkan tapi tak jage makan pun tak jadi juga.. Semuanya berdasarkan pengalaman (hihi).. Hampir 2 minggu amalkan, berat badan saya slow2 turun hampir 2 kg.. Normal untuk ibu menyusu turun sikit2, lagi2 kita perlu minum dan makan secukupnyakan.. Untuk 2 bulan terawal, seeloknya jaga makan minum sebab kita menyusu anak.. Mesti ada bekal yang terbaik untuk anakkan.. Jangan too strict sgt dengan meal anda sehinggakan susu terhasil tak mencukupi dan kurang berkhasiat untuk tumbuhbesaran baby..

~CON
Tiada

~ATASI
Tiada


*** Hanya ini testimoni yang boleh saya kongsikan.. Saya akan tambahkan lagi jika ada kesan yang baru.. Kena stop menulis sat, sebab perut pun memulas lagi.. Baru malam semalam consume 3 biji phytonatal




Comments

  1. Sis saya nak tanya, saya dah bersalin dkt 1bulan 8hari. Buang air besar mmg xlawas, sebelum ni minum duphalac, dgn bantuan air putih suam, alhamdulillah lancar je keluar najis tu.. Tp skrg dah abis, so semalam mmg sakit la membuangnya sb keras kan.. Tp x dah sakit mcm dlu.. Soalan saya, saya ada consume ubat untuk darah tinggi, exactly 2 jenis ubat la.. Boleh tak saya consume Phytonatal ni juga? Kalau boleh, bila timing yg sesuai saya makan? Ke kena selang sehari dengan ubat2an tu? Terima kasih sis..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts