Mee Kari Serius Sedap!
Dah mula dah mengidam mee kari.. Nasib baik suami bagi masak mee kari untuk raya kedua.. Takutla tu laksa die tak laku.. hihihi.. Dah jadi kebiasaan, setiap tahun dan hari raya kedua, saya dan suami akan membantu melayan saudara mara mak.. tapi kami hanya bertugas untuk menyediakan makanan shj.. Bab layan melayan borak gossip2 tu, baik serahkan kepada mak ayah.. Sejak laksa homemade by Mr Hubby ini menjadi pujaan hati ramai, mulalah tradisi laksa dibuat setiap pagi hari raya kedua.. khas tau.. tiada hari lain.. Cuma tahun ini, saya nak selitkan air tangan sendiri, iaitu mee kari..
Disebabkan ramai kata sedap, plus suami pun kate sedap, saya nak berkongsi resipi mee kari.. Mane tau simpanan resipi ini di blog boleh dijadikan rujukan untuk anak2 gadis saya kelak.. so ape lg.. scroll downn~~
MEE KARI (10 orang makan)
BAHAN-BAHAN
2 bungkus mee kuning
Daging ayam dipotong kecil (ambil bahagian dada, kaki ayam, dan bertulang @ separuh bahagian ayam)
1 kg kerang yang telah direbus dan diambil isinya (tak guna sb leceh nak asingkan isi kerang dalm masa yang terlalu singkat.. kalau letak mesti sedap lg)
3 keping fish cake yang dipotong sederhana nipis
1 bungkus bebola ikan
4 sudu besar makan rempah kari daging dan ayam (campur 2-3 sudu besar air supaya rempah menjadi pes pekat)
1 bungkus besar santan pekat
2 cawan santan cair (ambil 1/2 cawan santan pekat dan dicampurkan air)
1 biji kentang direbus dan dilenyek halus
2 keping asam gelugor
BAHAN UNTUK MENUMIS
1 kayu manis (ambil yang besar)
3 bunga lawang
4-5 buah pelaga (kalau besar ambil dalam 3 shj)
3 bunga cengkih
2 batang daun kari (ambil yang tua lagi harum baunya)
BAHAN A
10 cili kering (dalam segengam) direbus dan ditoskan dan blend
**Kalau ada cili kering yang telah diblend kosong, boleh ambil dalam 2 1/2 senduk nasi
BAHAN B
6 bawang merah
4 bawang putih
1 batang serai (kalau jenis kecil2 kurus tu, ambil dalam 3 batang),
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 sudu teh udang kering
**Semua dihiris nipis supaya mudah diblend halus
BAHAN C
10 ekor udang direbus (amount udang tak kisah, asalkan dapt air rebusan udang)
**Nak guna kulit udang shj pun boleh, tp saya malas nak kupas, rebus sekali2 dengan isi.. Isinya nnt boleh jadikan dressing tambahan atau nak masuk dalam kuah pun boleh.. terpulang.
BAHAN UNTUK DRESSING
2 batang sawi (direbus dan dipotong kasar)
3-4 biji telur direbus (dipotong 4)
Bawang goreng (boleh buat sendiri kalau rajin)
Daun sup dipotong sederhana nipis
Fish cake yang telah direbus dan dipotong sederhana nipis
Cili merah atau cili hijau
Limau kasturi (saya guna limau nipis)
Taugeh
Tauhu kering goreng (tak guna sebab susah nak cari yang halal)
CARA PENYEDIAAN
1) Rebuskan mee kuning. Tos dan ketepikan
2) Buat air rebusan udang. Tapis air rebusan tadi dan ketepikan
3) Panaskan minyak dan masukkan bahan tumisan. Tumiskan sehingga naik bau.
4) Masukkan Bahan B terlebih dahulu dan kacau. Kemudian, terus masukkan Bahan A dan pes rempah. Kacau sehingga pecah minyak dan nampak garing.
5) Masukkan ayam dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian, masukkan air rebusan udang dan santan cair. Kacau sehingga sebati dan kuahnya mendidih.
6) Masukkan fish cakes, bebola ikan, kentang lenyek dan asam gelugor. Kacau seketika dan masukkan santan pekat. Kuah perlu dikacau supaya santan tidak pecah
7) Letak garam dan gula secukup rasa
8) Siap! Boleh hidangkan dengan mee dan dressing
Tambahan:
**Nak guna santan kotak pun boleh.. Dalam 1 1/2 kotak kecil santan untuk santan pekat, separuh lg boleh dibuat sebagai bancuhan santan cair
**Asam gelugor perlu dikeluarkan sebaik shj masak atau selepas dibiarkan seketika (dalam 6-8minit selepas masak).. Asam gelugor ni kne keluarkan supaya kuah tak terlebih masam.. nak keluarkan, rasa dulu kuah kari kite tu dah ok ke dak kemasamannya..
** Tambahan kentang lenyek ke dalam kuah kari untuk memekatkan kuah
SELAMAT MENCUBA!!

Comments
Post a Comment