Tempoyak Ikan Patin
Sodapnyeee tempoyak ikan patin.. Saya sendiri terliur.. Sejak dah pandai buat sendiri, tiap-tiap tengahari mesti buat.. Alang dah ada hobi menanam pokok herba, bertambah seri juadah tempoyak saya dengan hasil tanaman sendiri (daun kesum n daun kunyit ler tuu).. So, resipi ini bukan ori temerloh tau.. Sendiri punya resipi.. Kalau padan dengan lidah masing-masing, boleh go through my resipi ya.. InshaAllah sedap..
RESIPI TEMPOYAK IKAN PATIN
BAHAN UTAMA
2 ekor ikan patin (dah dipotong 2 atau 3 bhgn)
Sehelai daun kunyit (kalau size kecil, ambik dalam 2 keping)
4 batang Daun kesom (ambil daun sahaja)
3 sudu besar tempoyak
1 keping aaam gelugur (Taknak guna pun takpe sebab tempoyak pun dah masam)
BAHAN BLEND
6 bawang merah kecil
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit (nak lebihkan 1 inci pun boleh, nak bagi kuah warna kuning cntik)
10 biji cili api (kalau tak tahan pedas, boleh kurangkan)
CARA MEMBUAT
1) Panaskan air didalam periuk (dalam 1 botol besar) sehingga mendidih
2) Kemudian masukkan bahan blend dan kacau sehingga sebati. Biarkan kuah mendidih.
3) Masukkan daun kesum, daun kunyit dan asam gelugor. Biarkan seketika dan siap sediakan tempoyak
4) Dalam bekas berisi tempoyak, masukkan 2 senduk kuah dalam periuk tadi dan kacau menggunakan whisk (tempoyak dan air tadi) sehingga sebati dan tiada ketulan.
5) Masukkan tempoyak kedalam kuah dan kacau sehingga sebati dengan kuah.
6) Selepas sebati, masukkan ikan patin dan biarkan seketika dengan api sederhana kecil.
7) Perasakan kuah tempoyak dengan garam dan gula.
#Tips
Kalau terasa masam, cepat2 keluarkan asam gelugor tadi.. Balancekan rasa dengan gula..
SELAMAT MENCUBA!!

Comments
Post a Comment